Thursday, January 29, 2009

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Kepada rakan-rakan guru ,pelajar-pelajar dan semua pembaca laman blog.
Laman blog ini untuk berkongsi ilmu tentang subjek Bahasa Melayu demi membantu pelajar-pelajar dan sesiapa sahaja yang menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPTM).
Saya berharap agar laman blog GURU BM STPM ini dapat membantu anda semua sedikit banyak untuk memperoleh kecemerlangan dalam subjek Bahasa Melayu SPTM.
Semoga kehadiran blog yang akan saya kendalikan ini akan berfungsi sebagai pelengkap dan pemeriah seri wacana ilmu kecemerlangan Bahasa Melayu SPTM di alam siber.
Saya masih baru dalam pengendalian blog justeru laman blog ini masih dalam peringkat percubaan sama ada dari segi pembinaan mahupun pemasukan bahan-bahan yang berkait dengan subjek Bahasa Melayu dan akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.Namun atas kesibukan atau halangan yang tidak menentu, usaha ini bermungkinan akan mengambil masa. Semoga Allah memudahkan kerja saya dan meredhai tanggungjawab memartabatkan kecemerlangan Bahasa Melayu.

Sekian untuk makluman semua.

No comments:

Post a Comment