Monday, August 3, 2009

Peperiksaan Percubaan 2009 (4)

Anda Sebagai pegawai kesihatan negeri ditugaskan untuk mengkaji tahap kebersihan di tempat-tempat awam.Berdasarkan kajian yang telah dibuat, anda diminta untuk melaporkan punca-punca kurangnya tahap kebersihan di tempat-tempat awam dan cadangkan langkah untuk mengatasi masalah tersebut.

Format Laporan

Maksimum tolak 4markah (tolak daripada markah kerelevanan)
Tiada Tajuk - 1 markah
Tiada penomboran - 1markah
Tiada subtajuk - 1markah
Tiada tandatangan- 1markah

Pendahuluan

- Masyarakat yang mementingkan aspek kebersihan dianggap mempunyai nilai atau kualiti hidup yang tinggi
- jaminan kesihatan yang baik kepada manusia.
-Tahap kebersihan di negara kita masih rendah,terutama di tempat-tempat awam-mengecewakan
-Sampah-sarap di buang merata-rata -tempat riadah,perhentian bas
-Hal ini menjejaskan imej negara kita
Terdapat banyak sebab fenomena ini berlaku dan langkah-langkah untuk menanganinya perlu dilakukan dengan segera.

Sebab

IS1 -Kurangnya kesedaran sivik dalam diri masyarakat yang lebih mementingkan diri sendiri
IS2 -Kurangnya didikan agama dan moral kerana semua agama mementingkan kebersihan
IS3 -Penguatkuasaan undang-undang tidak tegas kerana kurang tindakan dijalankan
IS4 -Kelemahan institusi keluarga kerana ada segelintirnya tidak menunjukkan teladan yang baik
IS5 -Menganggap bahawa menjaga kebersihan sebagai tugas pihak lain

Langkah

Is1 -Menguatkuasakan undang-undang dengan berkesan seperti di negara-negara lain di samping membuat pemantauan secara berkala - peraturan dan garis panduan menjaga kebersihan kepada penjaja dan peniaga
Is2 -Pentingnya menerapkan pendidikan agama dan moral dengan sempurna agar wujud sikap mementingkan kebersihan
Is3 -Peranan institusi keluarga dengan menerapkan amalan kebersihan kepada anak-anak sejak kecil
Is4 -Peranan pihak sekolah dalam memupuk amalan kebersihan dalam kalangan pelajar
Is5 -Menjalankan kempen-kempen kesedaran dengan lebih giat dan berkesan
Is6 -Masyarakat menjalankan aktiviti bergotong-royong untuk membersihkan kawasan
Is7 -Melabel gerai-gerai dan tandas-tandas awam mengikut gred

Penutup
- Amalan menjaga kebersihan merupakan tanggungjawab semua pihak
- Kehidupan masyarakat akan lebih selesa dan terjamin apabila mereka mengambil berat tentang kebersihan, sama ada berkaitan dengan kebersihan diri atau persekitaran.
-Kualiti kesihatan juga meningkat seandainya masyarakat gemar menjaga kebersihan sepanjang masa

No comments:

Post a Comment